Pusat Sains Negara merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Ia telah dibuka secara rasmi pada 29hb November 1996. Terletak di sebuah kawasan yang amat menarik iaitu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka dan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar bagi semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Tiket masuk ke sini ialah RM6.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
Jika kamu ingin melawat ke sini kemudahan pengangkutan yang dicadangkan adalah perkhidmatan Bas Rapid KL No.U83 - (Laluan KL Sentral - Kompleks Kerajaan Jalan Duta).Kekerapan perjalanan bas ialah 30 minit.
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, Galeri Petronas, Petrosains dan Aquaria.Menara PETRONAS berdiri setinggi 452 meter. Diantara kedua menara tersebut, dibangun sebuah jembatan (Skybridge atau Jejantas Udara) yang menghubungkan kedua menara pada lantai 41 dan 42. Jembatan ini adalah tujuan kunjungan pelancong yang datang ke Menara PETRONAS dengan jumlah tiket yang terbatas. Suria KLCC merupakan salah satu pusat belibelah yang paling sibuk di menara berkenaan. Begitu juga terdapat Taman KLCC yang menyediakan trek joging, kolam untuk kanak-kanak sambil bersantai, air pancur simfonik dan Orkestra Filharmonik PETRONAS.
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara berkenaan. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Zoo Negara adalah terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan tahun 1963 ditadbir oleh sebuah badan bukan Kerajaan iaitu Malaysia Zoological Society. Terdapat sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara ini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Putrajaya adalah sebuah bandaraya pintar dalam taman yang terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan 20 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA. Ia merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Lokasinya yang berada di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos sebanyak RM20.5 billion. Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan,Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Putrajaya |
Perdana Putra -Dataran Putrajaya-Taman Selatan -Masjid Putra -Yayasan Kepimpinan Perdana -Jambatan Putra -Istana Melawati Dataran Warisan Putrajaya -Tugu Millennium Ministry of Finance Palace of Justice -Seri Perdana -Wisma Putra -Istana Darul Ehsan. -Jambatan Seri Perdana -Tasik Putrajaya-Putrajaya Convention Centre (PCC) -Taman Wetland Putrajaya Wawasan -Taman Botani. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah ; Perdana Putra -Dataran Putrajaya-Taman Selatan -Masjid Putra -Yayasan Kepimpinan Perdana -Jambatan Putra -Istana Melawati Dataran Warisan Putrajaya -Tugu Millennium Ministry of Finance Palace of Justice -Seri Perdana -Wisma Putra -Istana Darul Ehsan. -Jambatan Seri Perdana -Tasik Putrajaya-Putrajaya Convention Centre (PCC) -Taman Wetland Putrajaya Wawasan -Taman Botani.
Pasar Seni |
Pasar Seni yang dikenali selalunya sebagai Central Market atau lebih mudah di panggil CM, ianya merupakan destinasi paling popular di Kuala Lumpur dimana pengungjung dapat mencari kraftangan dari seluruh Malaysia. Boleh dianggap juga sebagai pusat kraftangan Malaysia begitu popular kerana terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur. Bangunan 2 tingkat ini terdiri kedai dan gerai kraftangan, restoran dan juga sebuah pasaraya yang baru dibuka. Ianya terletak di Jalan Benteng dan Jalan Hang Kasturi berdekatan dengan Plaza Kotaraya. Jika menaiki LRT Putra ianya bersebelahan dengan stesen Pasar Seni.
Menara Kuala Lumpur |
No comments:
Post a Comment