Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan
predikat. Subjek ialah perkara yang diceritakan. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek | predikat |
1. Afendi 2. Kakak 3. Ibrahim 4. Zulkfli 5. Ayam itu | guru menyapu sampah. bermain bola sepak. Minum teh asyik berkokok. |
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata
(b) ayat tanya
(c) ayat perintah
(d) ayat seruan
2. Keterangan dan contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata :
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangka sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya. Dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan
Contoh ayat penyata:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
iii.Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
(b) Ayat tanya
Ayat Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan
mendapatkan maklumat. Ayat Tanya dituturkan dengan itonansi atau
nada suara meninggi pada akhir ayat.Ayat ini diakhiri dengan tanda
soal (?)
Contoh ;
i. Siapakah yang bertopi merah itu?
ii. Apakah permainan yang digemari kakak ?
iii. Berapakah harga kasut itu?
iv. Bagaimanakah layang-layang itu dibuat?
Ayat Tanya terbahagi kepada dua golongan iaitu ;
a ) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
Tanya ini disertai dengan kata Tanya seperti “apa” ,”berapa”,
“siapa”, “bila”, “mana”, “mengapa” dan sebagainya.Tanda soal
dibubuh pada akhir ayat.Kata Tanya boleh juga diimbuhkan
dengan partike “kah”. Namun begitu, partikel “kah” tidak boleh
digunakan dihujung ayat tanya.
Contoh : Ayat Tanya tanpa imbuhan partikel “kah” ;
i. Ibu kamu siapa ?
ii. Saudara tinggal di mana?
iii. Harga rumah ini berapa?
iv. Cuti sekolah bermula bila?
Contoh : Ayat Tanya dengan imbuhan partikel “kah”
i. Siapakah ibu kamu ?
ii. Di manakah saudara tinggal ?
iii. Berapa harga rumah ini?
iv. Bilakah cuti sekolah bermula?
b) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat ini tidak mempunyai kata Tanya. Ayat Tanya terhasil
dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. Ayat
ini ditandai dengan tanda soal pada akhir ayat.
Contoh :
Ayat Penyata :
i. Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah.
ii. Encik Wong berkereta ke pejabat.
iii.Ahmad pelajar terpandai di sekolah ini.
(c) Ayat perintah
Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah terbahagi kepada empat iaitu ;
i. Ayat Suruhan : Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan
melembutkan ayat.
Contoh : i.Hantarlah buku itu sebelum pulang.
ii.Turunlah dari sini sekarang juga.
iii.Cuci kasut kamu. (suruhan)
ii. Ayat Permintaan: Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan
permintaan. Ia menggunakan perkataan tolong minta pada permulaan ayat.
Contoh : i.Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
ii.Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
iii.Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
iii. Ayat Larangan : Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : i. Jangan minum air itu.
ii. Usahlah menangis lagi.
iii.Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
iv.Ayat Silaan : Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : i. Sila bawa sejadah bila ke surau.
ii. Jemputlah menikmati
iii.Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan :
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contoh: i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
iii.Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi
mempunyai maksud sama.
a).Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek dan ayat ini yang kata
kerja berawalan “men”
Contohnya;
i .Emak memasak nasi. dan sebagainya
ii.Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
iii.Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
b).Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan
perbuatan ke atasnya.Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya tidak
berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri
ketiga.
Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
2. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) Ayat pasif diri pertama :
ayat yang kata kerjanya tidak
berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti
aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) Ayat pasif diri kedua:
Ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului
kata ganti diri kedua seperti awak,anda, kamu, engkau, dan
sebagainya.
(c) Ayat pasif diri ketiga :
Iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi
oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda,
dan sebagainya.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun
bentuknya berbeza.
Contohnya:
Contohnya:
Ayat Aktif | Ayat Pasif |
1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah. | 1. Buku itu dibaca oleh Ali. 2. Nasi lemak dimasak oleh ibu. 3. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. 4. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. 5. Kerusi patah dibawa oleh Yusof |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Pertama |
1.Saya mencuci kasut sekolah. 2.Kita menerima keputusan itu. 3.Aku akan memetik bunga itu. 4.Kami sudah menyusun jadual itu. Ayat Aktif 1. Anda harus menyiapkan kerja itu. 2.Awak mesti menyerahkan surat itu. 3.Engkau patut memulangkan duitnya. 4.Kamu perlu membaiki kereta itu. | 1.Kasut sekolah saya cuci. 2.Keputusan itu kita terima. 3.Bunga itu akan aku petik. 4.Jadual itu sudah kami susun. Ayat Pasif Diri Kedua 1. Kerja itu harus anda siapkan. 2. Surat itu mesti awak serahkan. 3. Duitnya patut engkau pulangkan. 4. Kereta itu perlu kamu baiki |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Ketiga |
1.Mereka mengecat bangunan. 2.Baginda meminta rakyat supaya bersabar. 3.Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. 4.Dia sedang menjahit baju. | 1.Bangunan dicat oleh mereka. 2.Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. 3.Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. 4.Baju sedang dijahit olehnya. |
3. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di
bawah ini.
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ ) Contohnya: | 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan- perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama. |
1. "Cuci baju kamu," kata ibukepada Ani. 2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?" 3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. 4. “Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. 5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.” 6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ” 7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. 8. “Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh. | 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam. 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti. 4.Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. 5.Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat kuih bahulu. 6.Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia. 7.Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar. 8.Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin. |