Wednesday 7 December 2011

MELANCONG KE MALAKA - PERIGI HANG TUAH


Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

UJI MINDA : Hang Tuah merupakan seorang panglima yang terkenal semasa zaman kesulatanan Melayu Melaka. Pada pendapat anda mengapa Hang Tuah sangat disayangi oleh Sultan Melaka pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment